Mari minum 2 cawan kopi

May 2nd, 2007

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola
golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya,adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bolagolf tadi,lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnyasama ada balang tersebut telah penuh,pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya,profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh.Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawankopi
dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf,batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. “Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda…

Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan,keluarga anda,anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada,hidup anda masih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda,manakala pasir pula mewakiliperkara-perkara lain,yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil,anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”

“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi.Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah
“2 cawan kopi” ini…

Currently try to listen to this song..

May 2nd, 2007

Hihi,aku baru je dgr lagu ni.Masa aku last dgr sebelum aku kuar outing ritu.Dgr mule2 macam tak beh jer.Tapi aku try dgr lagi skali.Hm jom dgr n komen about dis song yer.Klik play utk mendengar yer.Lirik pun aku kasi.

Dewa 19 - Dewi

Dewi aku mohon beri aku kesempatan
Tuk bisa menebus dosaku kepadamu
Maafkanlah aku yang menyakitimu
Aku tidak pernah menyangka bisa begini

Oh dewi, dengarkanlah…

Dewi kaulah hidupku
Aku cinta padamu sampai mati
Dewi belahlah dadaku
Agar kau tahu
Agar kau mengerti

Wou wou wou

Semua terjadi begitu saja
Tak ada yang serius antara dia dan aku
Tidak ada cinta dan tak ada hati
Hanya karena aku lelaki dan dia wanita

Kembali ke **

klu nk download lagu ni Klik sini.

Tips untuk mengingat

May 1st, 2007

Langkah-langkah yang menentukan keberkesanan mengingat

1.Kuatkan keinginan untuk mengingat.

2.Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.

3.Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.

4.Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.

5.Selalulah mengulangkaji.

6.Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.

7.Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.

8.Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.

9.Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah anda lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana anda membaca bahan tersebut, dengan siapa anda berbincang mengenainya dan sebagainya.

10.Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah anda kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan anda secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.

11.Cuba gunakan apa yang telah anda pelajari untuk praktikal.

~bagi aku langkah terbaik ialah buat peta minda juz like Tony Buzan.Cuba cari video die kat YouTube and he can tell how the functional of our brains.